Tuesday, July 29, 2008

Mengintai Langit

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

Artis:Coco

Friday, December 21, 2007

Salam Aidil Adha 1428H

Pada kesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha 1428H kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami. Terutamanya kepada yang mengenali semasa sama-sama menuntut di Intis, Gombak. Tak lupa juga rakan-rakan zaman persekolahan di Sek. Men. (A) Darussaadah, Titi Besi. (PMR 95, SPM 97)

http://faizz.fotopages.com

Wednesday, December 19, 2007

Dunia Baru kini kembali


Sekian lama Dunia Baru tak diupdate. Dalam usia 27 tahun kini telahpun memiliki cahaya mata yang berusia hampir 6 bulan. Tatapan untuk semua Riaszahra semasa 4 bulan.

Saturday, January 20, 2007

Hari ini dalam sejarah...27 tahun dah rupenye...

Hari ini...20 Januari 2007 maka bertambahlah setahun lagi usia aku...27 tahun...fuhhh macam tak caye la plak...Insyallah tanggal tahun ni jugak aku bakal menimang cahaya mata sendiri...sekarang ni wife aku dah pun 'memboyot' lebih 4 bulan dan dijangka insyallah penghujung Jun nanti lahirlah seorang pejuang negara macam aku ni...hehehe...doa-doakanlah keselematan dan kesihatan wife aku...semoga tahun ini menambahkan lagi kebahagiaan dengan kehadiran 'orang ketiga' kami nanti...perghhh...tak sabar nak menunggu rasanya...

Friday, July 28, 2006

Mai la nooo...jangan dok segan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang mengenali aku….dikesempatan ini aku menjemput korunk seme untuk datang ke majlis makan-makan pada 3 September nanti…majlis bakal berlangsung di rumah aku di Podeh, Ghombau Nogoghi Sombilan (bleh refer map!) Tak jauh manerpun…kuar tol senawang dan terus menghala ke arah Ghombau @ Tampin…Akhir sekali…den ucapkan skali laie…Jemputlah ek ke ghumah den yooo!!!

Wednesday, July 12, 2006

Sedang Ingin Bercinta - Dewa 19

Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu otakku berpikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu disini
Aku ingin…
Aku ingin…

Wednesday, July 05, 2006

11 Mac 2006 - bertunang la...






11 Mac 2006 - Termeterailah ikatan pertunangan antara 2 hati. Majlis pertunangan tersebut berlangsung di Perlis dan dihadiri oleh saudara terdekat pihak lelaki. Pihak lelaki (akula tuuu...) memberi sejumlah sembilan dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan dengan sebelas dulang. Antara barangan tersebut ialah tepak sireh, cincin, sepersalinan pakaian, kek, tuala, puding dan buah-buahan.

Cincin disarungkan ke jari manis bakal pengantin perempuan oleh ibu pihak lelaki dan kedua pasangan tersebut dijangka melangsungkan perkahwinan kurang setahun dari tarikh mengikat tali pertunangan. - sumber Al-Jazeera